Salam......
Sesuatu yang tidak pasti,tetapi sentiasa diusahakan oleh manusia,Realiti yang tidak pernah lari dari norma kehidupan manusia,...Persoalannya adakah perkara ini salah atau sebagai satu kelemahan bagi manusia itu,jdi haruskah perkara ini dilihat dari sudut yg negetif atau sebaliknya,Sebenarnya setiap kenyataan itu adalah suatu suratan yg telah ditakdirkan atas setiap diri dalam kehidupan,sama ada ia sesuatu yang baik atau sebaliknya,Kerana manusia itu sememangnya ditakdirkan utk menerima segala apa yg telah ditentukan kpdnya sama ada secara sukarela atau terpaksa,cuma turutan cerita atas suatu kejadian itu hanyalah sebagai suatu sebab yg dikira sebagai suatu hijab utk diri manusia itu,sama ada ia memandang sebab itu sahaja,atau Allah swt selepas sebab atau terus melihat semua itu terus kepada Allah swt,Utk menceritakan sesuatu tentang kehidupan adalah suatu yang sangat tidak munasabah dan rumit,Kerana apa? Kerana kehidupan itu sudah terlalu jelas bagi manusia itu sebagai suatu yg sudah diatur susun dgn sgt sempurna dan siapa yg layak untuk menafikannya.Semua dgn satu tujuan yang sangat jelas untuk suatu yang nyata bagi manusia itu supaya menjadi abdi yang sempurna,...
Untuk anda merungkai kenyataan kehidupan itu adakah ia suatu perkara yang mustahil? Jawapannya mestilah TIDAK kerana kita sudah diberikan garis panduan didalam menjalankan kehidupan itu,dari cerita -cerita masa lalu hingga cerita masa hadapan,cuma yang mnjadi masalah adakah kita berani untuk menyatakan kebenaran disebalik semua cerita kehidupan,yang jelas kita sebagai manusia sentiasa takut untuk menghadapi kenyataan kehidupan itu (apa yang telah ditentukan) kerana apa? kerana kita terlalu cintakan kehidupan yang kita sendiri tidak jelas akan aturannya dan kita sendiri tidak tahu akan hakikat dan realiti kehidupan dalam makna hidup kita sendiri.Jelas disini adalah kerana hubung kait dengan cintakan dunia secara melampau sehingga diri dihijap dari kenyataan kehidupan yang sebenar.Kita sentiasa menyalahkan apa yang dinamakan takdir tanpa kita sendiri selami kehendak diatas setiap peristiwa,maksudnya anda perlu tahu akan tujuan sebelum anda merumuskan tentang sesuatu peristiwa dalam kehidupan,melainkan anda akan nampak suatu kenyataan yang sangat sempurna sebagai satu tarbiyyah dari kehidupan.Dan janganlah anda menganggap setiap peristiwa itu satu kebetulan,kerana kebetulan itu sebenarnya tidak pernah wujud dalam kehidupan.Sungguh dangkal fikiran orang yang memandang kebetulan itu dalam kehidupan,nyatalah ia hanya suatu penipuan yang nyata dari kita melihat ketentuan dari Allah swt.Kalau kamu mengangap kebetulan itu sememangnya wujud,jelas kamu telah menafikan kekuasaan Allah swt didalam kehidupan kamu.
Apabila kamu terjatuh,bangunlah,...kerana kehidupan akan tetap berlangsung tanpa mu,,..
Apa yang perlu kamu sedar dan tahu akan kehidupan itu ialah ianya sentiasa permulaan bagimu,makanya dimana kesudahan kehidupan itu? adakah dgn mati kamu akan mengatakan ia satu kesudahan? sebenarnya kehidupan itu terus berlangsung atas dirimu dimana kamu berada,sama ada didunia atau di akhirat,ia tetap dinamakan kehidupan,cuma yang membezakan kehidupan dunia dan akhirat ialah HIJAB.Kerana diakhirat kamu akan tahu hakikat kehidupan yang tidak boleh diubah,sedangkan didunia kamu terhijab pandangan dari melihat sesuatu yang sebenar,kerana kamu bukan lah yang sebenar,itulah yang menyebabkan kamu sentiasa enak didalam mimpi yang tidak berkesudahan,dan kamu sesali ianya selamanya,Jadi kesudahan kehidupan itu hanya tetap milik Allah swt yang maha berkuasa,Jika ditanyakan kepada mu,berapa lamakah kamu dijadikan,sedarlah kamu dijdikan untuk selamanya,...
No comments:
Post a Comment