AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA
111111111111111111111111111111111

Wednesday 19 September 2012

HIKAYAT SEORANG WALI YANG TERTOLAK

   Di suatu tempat, tinggallah seorang lelaki yang soleh yang bernama Fulan bin Fulan yang sangat kepingin untuk mencari seorang guru mursyid untuk membimbing dirinya dalam menuju Allah swt. Maka keluarlah Si lelaki dari tempatnya untuk tujuan yang murni itu,mengembaralah ia keseluruh pelosok negeri tanpa berputus asa.sehingga sampailah Si lelaki itu kesuatu tempat penuh barakah dan mulia iaitu bumi kelahiran junjungan besar Saidina Muhammad SAW negeri Makkatul Mukarramah.
  Maka merisik- risiklah ia kepada penduduk Makkah dan juga manusia ramai yang datang dari seluruh pelosok negeri.Sehinggalah ia di khabarkan tentang seorang Abid yang telah beribadah disuatu bukit di kawasan itu selamA 20 tahun lamanya.
Bersegeralah ia ke bukit itu demi menemui si Abid supaya menjadi pembimbingnya didalam alam kerohanian demi mencapai makrifatullah.Takdir Allah SWT telah menemukan meraka di tempat yang mulia lagi barakah itu.Maka memohan lah si pemuda kepada si Abid untuk menjadi muridnya.Setelah permohonannya diperkenankan maka berbaihlah si pemuda dengan si Abid itu untuk menjadi muridnya selamanya.
Tetapi ujian Allah SWT sentiasa dengan hamba-hambanya,maka bermulalah siri ujian yang pertama untuk si pemuda yang soleh itu.Ketika masuknya waktu solat zohor si Abid yang kini menjadi gurunya memanggil lah si pemuda untuk solat berjemaah.Setelah selasai dengan syarat-syarat solat,bersolatlah mereka,usai gurunya bertakbir ratul ihram, dengan izin Allah SWT yang maha kuasa,turun lah malaikat dari langit dengan disaksikan oleh si murid.Berkata lah malaikat itu dengan suara yang keras,"sesungguhnya kamu tertolak" mengulangi perktaan itu sebanyak tiga kali kepada si guru,maka gundah gulanalah si murid,dan menjalarlah dalam dirinya perasaan was-was yang ditimbulkan syaitan,terfikirlah si murid sama ada gurunya ini sebenar atau tidak.Sebaik selesai solat si murid terus-terusan memikirkan peristiwa yang di saksikan,sehingga terfikir untuk kembali semula ke tempatnya,kerana hormatkan si guru,tidak bertanyalah si murid tentang apa yang berlaku,dan ia masih lagi bersabar dengan gurunya.
  Sehinggalah kepada solat-solat yang seterusnya,begitulah keadaan itu berulang,sehinggalah selasai solat fardhu insya' si murid sudah tidak tertahan lagi gelora dihati dan persoalan yang umpama merejam dirinya,dan si murid telah membuat keputusan untuk kembali ke tempatnya serta ia merasa amat perlu untuk menjauhi gurunya itu.Maka berjumpalah si murid dengan si guru untuk menyatakan hasrat hati,Difikirnya 1001 alasan untuk diberikan kepda si guru supaya tidak diketahui helah yang cuba di sembunyikan.Bekatalah si murid,wahai guru! aku merasakan aku perlu kembali ke tempatku kerana aku mempunyai seorang ibu yang tua dan uzur,aku perlu kembali untuk menjaganya, aku cukup kesihan memikirkan ibu ku yang kesorangan dan uzur itu.Gurunya berkata,sebelum kamu datang kamu tidak memikirkan tentang ibu mu yang uzur itukah? setelah jauh berkelana baru kamu memikirkan tentang ibu mu? Tersipu-sipulah si murid kerana helahnya tidak menjadi,gurunya meneruskan dengan satu soalan. Adakah kamu juga menyaksikan apa yang telah aku alami selama 20 tahun ini.Maka mengakuilah si murid akan keadaan yang sebenarnya,bahawa dia merasa telah salah memilih guru sebagai pembimbingnya,Guru itu bertanya kepada si murid,apa masih ada tuhan lain lagikah yang layak untuk aku sembah sekalipun tuhan aku menolak ku seribu kali? tercengang-cenganglah si murid untuk menjawab soalan dari gurunya,maka akuilah si murid dengan hal itu,sesungguhnya Allah SWT jualah tuhan.
  Kesudahannya si murid mengakui akan kekhilafannya dan memohon maaf dengan si guru,dan terus berguru dengan gurunya itu sehingga ia menjadi seorang waliyullah yang mencapai darajat yang tinggi.
 

Suratan dan takdir

Salam......
  Sesuatu yang tidak pasti,tetapi sentiasa diusahakan oleh manusia,Realiti yang tidak pernah lari dari norma kehidupan manusia,...Persoalannya adakah perkara ini salah atau sebagai satu kelemahan bagi manusia itu,jdi haruskah perkara ini dilihat dari sudut yg negetif atau sebaliknya,Sebenarnya setiap kenyataan itu adalah suatu suratan yg telah ditakdirkan atas setiap diri dalam kehidupan,sama ada ia sesuatu yang baik atau sebaliknya,Kerana manusia itu sememangnya ditakdirkan utk menerima segala apa yg telah ditentukan kpdnya sama ada secara sukarela atau terpaksa,cuma turutan cerita atas suatu kejadian itu hanyalah sebagai suatu sebab yg dikira sebagai suatu hijab utk diri manusia itu,sama ada ia memandang sebab itu sahaja,atau Allah swt selepas sebab atau terus melihat semua itu terus kepada Allah swt,Utk menceritakan sesuatu tentang kehidupan adalah suatu yang sangat tidak munasabah dan rumit,Kerana apa? Kerana kehidupan itu sudah terlalu jelas bagi manusia itu sebagai suatu yg sudah diatur susun dgn sgt sempurna dan siapa yg layak untuk menafikannya.Semua dgn satu tujuan yang sangat jelas untuk suatu yang nyata bagi manusia itu supaya menjadi abdi yang sempurna,...

 Untuk anda merungkai kenyataan kehidupan itu adakah ia suatu perkara yang mustahil? Jawapannya mestilah TIDAK kerana kita sudah diberikan garis panduan didalam menjalankan kehidupan itu,dari cerita -cerita masa lalu hingga cerita masa hadapan,cuma yang mnjadi masalah adakah kita berani untuk menyatakan kebenaran disebalik semua cerita kehidupan,yang jelas kita sebagai manusia sentiasa takut untuk menghadapi kenyataan kehidupan itu (apa yang telah ditentukan) kerana apa? kerana kita terlalu cintakan kehidupan yang kita sendiri tidak jelas akan aturannya dan kita sendiri tidak tahu akan hakikat dan realiti kehidupan dalam makna hidup kita sendiri.Jelas disini adalah kerana hubung kait dengan cintakan dunia secara melampau sehingga diri dihijap dari kenyataan kehidupan yang sebenar.Kita sentiasa menyalahkan apa yang dinamakan takdir tanpa kita sendiri selami kehendak diatas setiap peristiwa,maksudnya anda perlu tahu akan tujuan sebelum anda merumuskan tentang sesuatu peristiwa dalam kehidupan,melainkan anda akan nampak suatu kenyataan yang sangat sempurna sebagai satu tarbiyyah dari kehidupan.Dan janganlah anda menganggap setiap peristiwa itu satu kebetulan,kerana kebetulan itu sebenarnya tidak pernah wujud dalam kehidupan.Sungguh dangkal fikiran orang yang memandang  kebetulan itu dalam kehidupan,nyatalah ia hanya suatu penipuan yang nyata dari kita melihat ketentuan dari Allah swt.Kalau kamu mengangap kebetulan itu sememangnya wujud,jelas kamu telah menafikan kekuasaan Allah swt didalam kehidupan kamu.

 Apabila kamu terjatuh,bangunlah,...kerana kehidupan akan tetap berlangsung tanpa mu,,..
Apa yang perlu kamu sedar dan tahu akan kehidupan itu ialah ianya sentiasa permulaan bagimu,makanya dimana kesudahan kehidupan itu? adakah dgn mati kamu akan mengatakan ia satu kesudahan? sebenarnya kehidupan itu terus berlangsung atas dirimu dimana kamu berada,sama ada didunia atau di akhirat,ia tetap dinamakan kehidupan,cuma yang membezakan kehidupan dunia dan akhirat ialah HIJAB.Kerana diakhirat kamu akan tahu hakikat kehidupan yang tidak boleh diubah,sedangkan didunia kamu terhijab pandangan dari melihat sesuatu yang sebenar,kerana kamu bukan lah yang sebenar,itulah yang menyebabkan kamu sentiasa enak didalam mimpi yang tidak berkesudahan,dan kamu sesali ianya selamanya,Jadi kesudahan kehidupan itu hanya tetap milik Allah swt yang maha berkuasa,Jika ditanyakan kepada mu,berapa lamakah kamu dijadikan,sedarlah kamu dijdikan untuk selamanya,...