AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA
111111111111111111111111111111111

Monday 8 April 2013

5 MUSYIKILAT ORANG ISLAM



Zaman sekarang adalah zaman fitnah, manusia menghukum dan menuduh tanpa menilai dengan sebenarnya dari sudut disiplin ilmu, sehingga orang awam menjadi keliru dan merapu. Ugamawan dipersendakan, nas-nas dipertikai dan dipersoalkan.

Yang lebih teruk, mereka berani mencabar kebenaran nas-nas yang soheh, ini berlaku kerana disebabkan masalah yang dibawa oleh ugamawan itu sendiri.

Salah siapa?

Ugamawan yang  sepatutnya mendidik masyarakat dan menjadi contoh tauladan yang baik, kini menjadi sebahagian  dari pembuat fitnah dan penghukum, ugamawan bukan lagi cerminan bagi masyarakat tapi sebagai sebahagian manusia yang rakus dalam menghukum dan menfatwa dengan membabi buta.

Selagi perkara ini tidak dibetulkan, selagi itu masyarakat akan terpenjara dalam dunia fitan ini sehingga akhirnya.

Ini adalah sebahagian dari perkara yang menyebabkan berlaku banyak kekeliruan dalam masyarakat, jika diteliti dengan baik dan hadam ia dengan sebenarnya, maka kita akan ketemu ia didalam satu titik ilmu yang benar dan jelas, kita pasti dapat membezakan antara kebatilan dan kebenaran.

1) Nas adalah soheh, tetapi ketepatan dalam menjelaskan nas itu adalah isunya. Ini penyakit yang majoriti ummat islam hari ini terkena, ramai dari kalangan ummat islam hari ini memandai-mandai dalam berhujjah dengan ayat suci Al-Quran dan hadis, tetapi jahil dengan kehendak sebenar sesebuah nas, kerana tidak ada rujukan dari mana-mana guru yang layak atau yang benar-benar menguasai ilmu.

2) Mengumumkan perkara yang khusus. Sebagai contoh, setiap tandas awam sudah disediakan dengan tanda  khusus untuk lelaki dan wanita, tiba-tiba ianya diumumkan maka akan timbul masalah dalam penguasaan tandas itu, begitu juga dengan cerita Saidina Ibnu Abbas RA tentang khususiyyah yang diberikan kepadanya oleh baginda Rasullullah SAW " apabila kamu perlukan sesuatu, mintalah kepada Allah SWT", nas ini soheh, tapi nas ini adalah khususiyyah kepada Saidina  Ibnu Abbas RA sahaja, bukan nas umum untuk semua orang. Kerana ini adalah kelebihan yang Allah taala berikan kepada Saidina Ibnu Abbas RA, jadi kalau hal ini terkena pada kita, adakah mungkin Allah Taala akan menerima kita sebagaimana Saidina Ibnu Abbas RA?  Kita sepatutnya lebih jelas tentang khususiyyah, bukan kita cuba menjadikannya sebagai suatu yang umum untuk di ungkapkan dan amalkan.

3) Memahami sesuatu tanpa memahami ta'rifnya. Ssebagai contoh anda faham tentang tauhid, tapi anda tidak memahami ta'rif asalnya, jadi ini akan menyebabkan timbulnya silap faham dan pemahaman yang salah tentang sesuatu perkara berkaitan dengan ketuhanan. Ini sangat bahaya kerana ia melibatkan isu aqidah yang menentukan kita ini islam atau tidak.  

4) Tidak tahu makna lafaz. Ianya berkaitan dengan penguasaan ilmu tentang selok -belok bahasa yang menentukan antara jenis-jenis penggunaan ayat, iaitu ilmu balaghah. Kadang-kadang ramai yang keliru dengan sesebuah nas sama ada ianya lafaz sebenar atau hanya sebuah ibarat. Seperti maksud ayat " orang yang buta adalah penghuni neraka" Al-Quran. Bukan maksudnya orang yang buta mata, tapi orang yang buat mata hatinya.

5) Khulasah dari kesemua diatas, iaitu menghukum tanpa pintu hidayah, atau menghukum sesuatu bukan dengan ilmu dan pemahaman yang jelas tentang apa yang dihukumkan, ini menyebabkan fitnah besar berlaku dalam ugama.

Jadi jelas kepada kita perlunya penguasaan ilmu dan panduan dari guru yang mursyid dalam kita hendak memahami, menguasai dan menentukan sesuatu dalil untuk berhukum, lebih-lebih lagi bila dalil itu adalah ayat mustasyabihat yang tidak jelas.

Uagamawan tidak sepatutnya memanipulasikan sesebuah dalil demi kepentingan dan kehendak semasa tapi perlu kepada ketelitian dan rujukan yang benar-benar jelas.

Faedahnya ialah, supaya orang awam tidak menjadi sebahagian dari yang keliru.