AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA
111111111111111111111111111111111

Thursday 28 May 2015

KEGILAAN ISTILAH DAN WARNA-WARNI YANG KELAM

Apakah aku gila bila otak dan fikiran ku kurang jelas dengan sebarang istilah-istilah lazim dan ajaib penulisan?

Seni penulisan baru kini semakin galak dengan kepelbagaian istilah yang langsung tidak membantu banyak pembaca-pembaca awam diluar sana untuk dihadamkan dalam otak fikir.
Dah la diri kurang membaca, bila mula membaca dikelirukan pula dengan kepelbagaian istilah yang dikira berseni.

Seni itu bukan pada istilah, seni itu lahirnya dalam jiwa sanubari, ia dinukilkan dengan pelbagai gaya yang tidak terbatas, dan ianya sangat bebas, ia bukan juga abstrak, bukan juga kaku. Tapi ianya halus dan penuh dengan warna warni sang pelangi.

Istilah bukanlah salah, tapi meminimunkan penggunaa istilah itu penting, dalam ugama juga juga kita menggunakan istilah untuk membezakan setiap taarif. Taarif pada bahasa dan juga pada istilah, tetapi istilah baru yang diwujudkan adalah dengan prasangka dan penyelewengan.

Sengaja ia dibangunkan bagi memperkenalkan wajah baru dunia, wajah yang menunjukkan mereka satu golongan songsang atau supaya mereka lebih dikenali di alam nyata yang semakin menghakis nilai-nilai keharmonian dan kecintaan. Mereka senang dengan menyeleweng dari fakta dan kehidupan berfitrah.

WARNA-WARNI YANG PUDAR

Trangender, biseksual, gay dan sebagainya istilah yang sedang dipopularkan dengan sengaja, ianya sengaja digambarkan dengan keunikan dan keindahan warna-warni, sehingga kita disalah sangka. Kewujudan yang tidak sepatutnya diiktiraf tapi mereka memainkannya dengan manipulasi jiwa manusia dengan keindahan palsu.

Sepatutnya mereka golongan polos dan pengotor ini tidak layak untuk wujud, lebih-lebih lagi dengan manipulasi warna yang dicocokkan bagi mereka sebagai menunjukkan keindahan mereka.
Mereka sebenarnya batil, mereka mewujudkan istilah supaya mereka disedari wujud, supaya mereka dikenali, sedangkan sebelumnya mereka kaum yang terpinggir dan selamanya wajib dipinggirkan selagi wujud bulan dan mentari.

Kalau dalam kontek marketing, kita disarankan untuk menggunakan apa sahaja cara termasuk psikologi, personaliti dan istilah-istilah untuk kita dikenali dan menjadi perhatian, tetapi dengan matlamat untuk meraih keuntungan dari publisiti yang kita perolehi. Ini sebenarnya bukan ilmu marketing tetapi satu konten ilmu jiwa manusia yang diterapkan dan diserap oleh ilmu lain dengan istilah yang berbeza, termasuk merketing.

Ia benar, kerana kita berurusan dengan manusia yang memiliki kecenderungan yang sama. Dan tak kurang juga ianya digunakan atau lebih tepat diambil kesempatan atas ilmu ini kepada perkara-perkara batil yang menyalahi hukum alam dan fitrah yang azali.

Begitu juga dengan kewujudan baru yang lainnya, mereka cuba untuk dikenali dan seterusnya meresap perlahan-lahan didalam masyarakat sebagai entiti yang benar-benar wujud.

Mereka memanipulasikan keindahan warna-warni untuk menggambarkan keindahan mereka yang kotor. Benar! mereka adalah golongan baru yang menjijikkan, mereka bermain dengan warna dan mengotorkan warna itu. Golongan trangender ini menjadikan warna pelangi dan pink sebagai kewujudan dan keindahan batil mereka, mereka mempromosikan kejijikan dan kejelikan mereka didalam masyarakat dengan warna-warna yang indah, sehingga kita sering disalah tafsirkan dengan warna kegemaran.

Alangkah celaka Si lahanat ini, mereka melawan arus dan fitrah, mereka memesongkan semua pemikiran, mereka menokok tambah perasa yang tidak seharusnya digunakan dalam norma kehidupan yang benar.

Tapi Si celaka kini semakin berani berhadapan dengan masyarakat yang sedang sumbang, sehingga hari ini kewujudan mereka bukan lagi perkara sensitif yang wajib ditakuti dan ditolok oleh masyarkat.

Kepelbagaian istilah dan warna warni ini bukan lagi keindahan, tetapi sudah menjadi kegilaan yang menjadi-jadi, fikiran masyarakat semakin keliru dan punah, mereka sudah tidak bermaya menangkis kegilaan ini, mereka semakin lemah didalam jiwa mereka yang sedang digolek-golek bagi ayam golek yang dibolak balik.

Dunia semakin hampir kepada matlamatnya, semakin dekat dengan kerosakannya,..
Dunia fitnah yang sedang membuih putih warna keindahan
Dunia celaka yang sedang mencelakan dan dicelakan

Alangkah beruntungnya mereka yang sendirian tanpa berteman, melawan arus kehidupan dengan cara yang berbeza dari sekalin pandangan manusia.

Iya benar! mereka sendiri, tetapi merekalah kebenaran yang ditolak dan diremehkan.



SECAKIR KOPI DAN BUKU

Aku melihat jam di laptop menunjukkan sudah pukul 4.13 pagi, waktu yang semua manusia masih diulik mimpi indah atau ngeri, aku sendirian ditemani unggas malam dan secakir kopi serta sebuah buku.

Pada kebiasaan waktu pagi begini, pada hikayat para wali-wali dan solihin inilah waktu hidup mereka, waktu yang dibentangkan bagi mereka dengan seluruh keringat dan kerinduan mencengkam diri hamba. Menyeru-menyeru mereka itu dengan sendu yang syahdu demi pemilikan mutlak cinta abadi buat sang pencipta.

Dan aku sebagai seorang dari murid kepada Sang guru wali dilihat senang berada didepan laptop menghurai beberapa beban yang bejat diotak dengan menenkan-nekan punat di Keyboard sebagai sebuah penulisan.

Ini hanya sebuah nukilan biasa bagi diri hamba yang mempunyai hasrat yang besar dalam penulisan, minat yang mendalam dengan susur atur bahasa kerinduan, mula dihujung jari terzahir disitu restas-rentas rasa sebuah kerinduan, ia bermain didalam hati dan fikiran, terluahkan dengan tanpa suara, hanya bait-bait itu terzahir pada pandangan mata yang tidak buta.

Nyata sangat selesa disini, terpandang disisi sebuah nukilan cerpen dan puisi karangan seorang penulis baru yang tidak ternama, tetapi didalamnya penuh dengan rasa dan sensitiviti yang halus, nukilan dan penulisan itu seakan hidup dan mngejutkan jiwa lena didalam negeri firaun. Watak pejuang seperti Hang Tuah dan beberepa hulu balang Melayu menjadi tunggak utama latar semagat perjuangan ditanah yang sedang dijajah bersamanya pemikian.

Buku ini aku hanya membelinya dengan harga RM5 tanpa disisinya para penerbit-penerbit yang tersohor di bumi Malayu ini, ia hanya dicetak dengan printer sahaja dan dijual di jalanan oleh pecinta buku-buku dan nukilan ajaib para sastera Under Ground ini.

Suasana malam di hentian bas P. Gudang Johor menyaksikan sebuah gerai buku jalanan dengan buku yang terpilih, aku terkaku disitu, membelek-belek beberapa buku dengan tajuk yang menyentak-nyentak jiwa halusku. dan tergerak untuk memilih antara tajuk yang terbaik, maka ditanganku dua buah buku yang bertajuk Kritikos dan Rendezvous. Keduannya dilihat sangat istimewa, aku terus menebusnya dengan wang merah untuk dua buku yang berharga RM5 satu.

Wah,..Kopiku semakin menipis dan sekarang aku menikmati hirupan terakhir, subuh hampir menunjukkan diirnya, aku perlu perlahan-lahan ke kamarku merenung barang sejenak wajah kecintaan isteri dan anakku yang mendiami hampir seluruh jiwaku.

Tapi sebelum itu, dengarkan rayuan pilu hati rentaku yang padanya nampak muda,..
Jiwa manusia dan fikirannya sentiasa diberikan kebebasan untuk menilai dan selajurnya dengan keputusan, tapi ketepatan setiap keputusan bukan rumusnya di balik otak para pemikir, tetapi apa yang dah termaktub dalam azali lagi. Ramai yang menyangka dirinya mengawal dirinya, tapi itu hanyalah sebuah sangkaan sahaja, sama ada mereka dikawal otaknya dan mengawal dirinya atau benar-benar mereka mampu untuk berlindung dari kawalan otak yang sedang hampir semua manusia sedang dikawal tanpa dia perasan dan tanpa diakui.

Mereka telah mendahului kita lama dahulu, mereka telah memesongkan kita dari matlamat perhambaan kepada yang esa dalam diri berugama hampir kepada semuanya yang mengaku berugama, harian kita telinganya ditadah dengan kepalsuan, begitu juga dengan mata dan semua deria, sehingga deria keenam juga tidak terlindng, kita sedang dimanipulasikan, dan wujud didalam jiwa kita sifat keakuan dan perjuangan yang menyeleweng.

Kita diyakinkan untuk yakin dengan apa yang dibawa pencaindera tanpa kita melihat kepada realiti yang sebenar, kita sebenarnya terlalu mudah ditipu dan dimanipulasikan, kejayaan demi kejayaan mereka raikan, mereka seronok mempermainkan manusia, mereka seronok dengan kebodohan dan kedungunan manusia. Otak -otak manusia terbejat, mata hati mereka buta, mereka setiap hari disuap dengan sangkaan dan auta yang difaktakan.

Wahai jiwa-jiwa yang tenang,....bangkit dan bangunlah, pandang disisi yang berlainan dari apa yang ada didepan, sebenarnya mereka adalah menipu daya, menyebarkan segala kepalsuan yang bakal jadi keyakinan. Hakikat melihat kehinaan manusia

ALFAras
4.53 pagi
Jumaat

Tuesday 26 May 2015

SAMBUNGAN PERJALANAN ILMU

 Assalamualaikum,...

Alhamdulillah setelah diberikan sedikit ruang, akhirnya aku menyambung kembali kisah PERJALANAN ILMU INI.

Semasa belajar di pondok dulu, aku sering difahamkan oleh para guru-guru untuk menuntut ilmu dengan orang yang ahli ilmu. Maksudnya secara mudah, ialah mengambil ilmu dari para ulama' yang benar-benar alim, kerana orang yang alim itu mampu menjadikan kamu juga seorang yang alim.

Ini pandangan aku pada peringkat awal la, sebenarnya pemahaman aku itu tidak salah dan sangat betul, cuma pemahaman ketika itu agak sempit, aku hanya fokus yang ahli ilmu yang diberitahu itu hanya dalam lingkup ruang pendidikan ugama.

Rupa-rupanya ialah for everything, maklum la belajar pondok, hanya fokus bidang ugama sahaja.
Sebenarnya aku fahamkan dengan perkara ini dengan lebih meluas lagi bila aku mula berada didunia sebenar, dunia yang menuntut aku untuk berdikari dan membina sendiri hidup aku.

Bagaimana ia bermula? Bila salah seorang guruku menjelaskan bahawa hidup ini kita harus mengikut panduan, atau mencari guru pendamping yang akan memacu kita dalam menongkah arus kehidupan.

Ye! aku amat faham tentang ni, itu sebab aku memilih untuk berguru mursyid yang mendidik aku di alam rohani dan jasmani, itu salah satu perkara yang sangat penting sebenarnya, cuma ada antara kita yang tidak percaya yang hidup kita hari ini sebenarnya dipandu oleh otak logik kita. Dan yang lebih parah kita tak sedarpun tentang tu, kita suka untuk bercakap banyak perkara tanpa kita benar-benar memahami hakikat perkara tersebut. Sebenarnya ianya terlalu bahaya dan mencelakakan.

Aku dah melalut kelain, nanti bab ni aku ulas dilain siaran ye.

Jadi, aku kurang jelas, dan dia bagi contoh, kalau kita hendak kaya, carilah guru yang mampu untuk mengkayakan kita, dan pastikan yang guru tersebut benar-benar kaya, kerana guru itu pasti adalah ahli dalam bidang tersebut.

Itu konsepnya, konsep perlukan pembimbing untuk kita dampingi, soooo,...aku amat jelas tentang ni, hidup ini perlu berguru dan berdampingan dengan guru supaya apa yang kita sedang lakukan dipantau mereka, dan akan menegur salah silap kita dalam apa yang kita kerjakan setiap hari. Bukan hanya sahaja didalam bidang ugama tapi dalam semua bidang yang sedang kita ceburi.

Analoginya mudah, jika kita dalam satu perjalanan menuju ke Kuala Lumpur atau mana-mana, sedangkan kita tak pernahpun sampai kepada tempat yang hendak kita tuju itu, jika kita memiliki pembimbing, maka kita akan dipandu dengan selamat. Jika tiba-tiba kereta nak habis minyak, pembimbing yang dah banyak kali lalu jalan itu akan cakap, Its Ok dear, depan sikit lagi ada stesen minyak, jangan sentap dulu.


Dengan sebab itulah aku sering mencari-cari seseorang yang sudi untuk aku dampingi dalam aku mencari ilmu perniagaan, hampir sentiasa sahaja aku mengambil peluang untuk mendampingi mereka yang ada ilmu ini, supaya aku dibimbingnya sehingga berjaya.

Dan Alhamdulillah, aku diketemukan dengan beberapa orang yang aku pelajari dengan mereka beberapa teknik dalam menguasai bidang pemasaran. Dan Alhamdulillah, setelah di aplikasikan dalam dunia realiti, ia benar-benar membantu aku dalam hal ehwal bisnes, dan memang diakui sebenarnya ia sangat menakjubkan, kita sahaja yang tak sedar tentang itu.

Seterusnya, aku diketemukan pula dengan seorang tokoh yang kaya dan berjaya, malah pendidik yang baik, yang telah terbukti berjaya mendidik ramai usahawan diluar sana, dan aku sangat bersyukur kerana dipertemukan dengannya, semoga aku bakal mendapat bimbingan yang baik darinya.

Banyak perkara sebenarnya yang kita wajib belajar dan menuntut, aku menuntut dalam banyak bidang, sebabnya aku nak mengusai banyak perkara, walaupun bukan semua perkara mampu untuk aku kuasai.

Jadi, nasihat aku kepada semua sahabat yang berada diluar sana, carilah peluang dan berguru lah dengan sesiapa sahaja yang mampu untuk tambah nilai dan kualiti hidup kita, belajarlah kerana ilmu itu lebih berharga dari apa yang kita miliki sekarang ini. Jika ilmu itu ilmu yang baik dan mampu memberi manfaat, maka sebarkanlah kerana ia mampu untuk menjadi saham yang berguna selepas kematian kita nanti.

Semoga ia sedikit membantu, sebenarnya perkongsian ini masih lagi belum lengkap, kerana tak masuk lagi bahagian marketingnya, InsyaAllah nanti aku akan sambung lagi buat tatapan mereka yang dahagakan ilmu,.

Diharapkan perkongsian ini memberi manfaat untuk semua......


Sunday 24 May 2015

MUSA YANG TIDAK BERTONGKAT ( EXODUS )

Ini bukanlah kisah Nabi Musa AS yang kita sebagai muslim imami, ini adalah satu kisah yang mencedok jalan cerita dan beberapa plot yang hampir sama dengan kisah Nabi Musa AS.

Sebenarnya ini adalah sebuah filem yang digarap oleh salah seorang pengarah atau sutradara tersohor Hollywood yang berbangsa Yahudi iaitu Ridley Scott yang telah mengarahkan beberapa filem box office sebelum ini seperti Gladiator dan Kingdom Of Heavean.



Pada asalnya secara tidak sengaja aku telah membeli DVD filem ini. Pada awalnya aku hanya mencari beberapa filem yang baru ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara, dan secara halus pemilik premis tersebut perkenalkan aku dengan filem ini. Beliau menyatakan yang filem ini sangat bagus dan tidak dibenarkan untuk ditayangkan di Malaysia, pada tanggapan aku mungkin filem ini terlalu banyak aksi melampau yang hanya patut dilihat oleh orang dewasa sahaja. Tetapi akhirnya bila melihat filem ini, semuanya meleset. Sebenarnya ialah kisah perjalanan seorang lelaki yang digelar sebagai Musa ( Moses ) yang berjuang untuk menyelamatkan kaumnya ( Ibrani ) dari perhambaan Firaun Ramses. Kan aku dah cakap filem ini hampir sama dengan cerita Nabi Musa AS yang kita imami sebagai nabi dan rasul yang diutuskan oleh Allah SWT.

Pandai Cina tu kenakan aku, mungkin sebab melihat penampilan berkopiah aku ala-ala muslim yang patuh. Sebenarnya Alhamdulillah, mungkin Allah hendak tunjukkan sesuatu buat aku sebagai satu pengajaran dan buat renungan.

Sebenarnya filem itu terlalu banyak percanggahan dengan fakta dan keadaan sebenar kisah Nabi Musa AS. Jalan ceritanya dah jadi lebih karut dari bukti kewujudan Allah Taala. Filem ini hanya mensasarkan yang tugas Musa ( didalam filem ini ) sebagai seorang lelaki yang hanya diutuskan untuk menyelamatkan bangsanya ( Bani Israel ) daripada penindasan dan perhambaan Ramses ( Firaun ), tidak sebagai mana yang kita imani yang Nabi Musa AS diutuskan supaya menyeru  Firaun kepada Allah yang esa.

Dia juga tidak ditugaskan untuk mengajak kaum Bani Israel supaya menyembah Allah, tetapi mengajak mereka melakukan pemberontakan sehingga kepada beberapa keadaan yang mendesak Firaun menghalau kaum Bani Israel dari bumi Mesir. Maka bermulalah pengembaraan yang mencabar menuju kepada laut merah dan menyeberanginya sebagaimana yang termaktub didalam Al Kitab.

Antara babak yang sangat dimusykilkan juga ialah apabila Musa ( dalam filem ) berdialong dengan tuhan, kerana tuhan yang digambarkan didalam filem ini ialah menyerupai dengan seorang budak lelaki yang comot. Pertemuan pertama dengan budak lelaki yang dianggap god ini ialah diatas sebuah bukit yang mungkin Tursina. ( Walaupun difahamkan juga yang budak itu antara utusan tuhan untuk Musa) dan sentiasa wujud percanggahan dan penentangan Musa kepada tuhan, sehingga berlaku beberapa siri perdebatan antara tuhan budak dan Musa itu sendiri.

Sehingga akhirnya tuhan budak itu terpaksa mengakui akan kebenaran Musa. Wah, hebatnya Musa lebih dari tuhan, adakah ini yang diimani oleh kaum yahudi? Aku juga kurang pasti. Apakah tuhan itu seorang budak lelaki? Apakah tuhan itu mengutuskan seorang budak lelaki sebagai wakil tuhan?

Harun pula digambarkan sebagai abang kepada Musa, Harun yang tiada apa-apa fungsi didalam filem ini seolah-olah hanyalah manusia biasa yang bukan sebagai utusan tuhan.

Apa yang paling aku pelik ialah bila Musa itu tidak memiliki tongkat yang diberikan kesaktian oleh Allah Taala, sebagaimana yang tertulis didalam kitab suci kita Al Quran yang Nabi Musa memiliki sebatang tongkat yang sebagai mukjizat baginya. Begitu juga dengan mana-mana kitab pun, sama ada Injil atau Taurat ( walaupun yang dah dimanipulasikan ) tetapi tetap membenarkan yang Musa memiliki sebatang tongkat. Tetapi peranan tongkat didalam filem ini telah diambil alih oleh sebilah pedang yang dianugerahkan oleh Firaun yang terdahulu iaitu bapa Ramses kepada Musa. Dan pedang itu adalah kembar kepada pedang yang diberikan oleh bapa Ramses kepada Ramses, sekarang ia dah semakin jauh dari fakta wahyu ( Al kitab ).

Bukan setakat itu sahaja, Musa juga adalah anak angkat kepada Firaun terdahulu iaitu bapa Ramses, dan Ramses sendiri tidak tahu yang Musa sebagai sepupunya didalam filem ini adalah Ibrani ( Bani Israel ), sehinggalah skandal ini didedahkan oleh pembelot dari kalangan Bani Israel juga. Nampak tak, yang Bani Israel ni memang macam ni perangainya. Bukan hanya Ramses yang tak tahu, Musa sendiri juga tidak tahu yang dia adalah Bani Israel, untuk dia terima kenyataan itu sangatlah rumit, bukankah dia antara penguasa besar kerajaan Firaun, malah dipanggil juga dengan gelaran Yang Mulia Musa.

Berbelit-belit dan cerita ni, langsung aku terkeliru dengan apa yang sebenarnya dipercayai oleh Yahudi tu sendiri dengan kisah Nabi Musa, sedangkan Nabi Musa adalah antara tokoh yang sangat di agungkan oleh Yahudi itu sendiri. Tapi didalam filem ini seakan memperlekehkan keanguangan seorang utusan Allah, Ops silap, ni bukan cerita Nabi Musa, tapi kisah yang diceduk sahaja.

Kisah belah laut, sepatutnya babak ini adalah babak yang paling mendebarkan dan penuh keajaiban, kerana Musa akan membelah laut dengan pedangnya. Tetapi agak hampa apabila sampai kepada laut merah, musa seakan hilang pedoman dan seakan hilang arah, tak tahu kemana hendak dituju dan dia salahkan dirinya kerana menyesatkan hampir seluruhnya kamu Yahudi yang jumlahnya 600,000 enam ratus ribu orang, sehinggalah ia terlalu tertekan dan membaling pedangnya kelaut dan lepas tu tertidur, aku ingatkan bila dia dah baling pedang tu ke laut akan terbelah dua, rupanya tidur, memang kelautlah Musa ni.


Ketika dia hampir tertidur dilihatnya tahi bintang jatuh dari langit, mungkin ketika itu dia berdoa ( ni Musa spesis mana ) siapakah tuhan? Dan keesokan harinya, Musa melihat air dilautan semakin surut secara perlahan-lahan dan menampakkan pasir dipantai, sehingga itulah barulah Musa menyeru kepada kaumnya untuk terus menyeberangi lautan itu hingga ke seberang.

                                  

Sedang dalam perjalanan merentasi lautan kering kontang itu, tiba-tiba Ramses sampai, dan terus mengejar puak-puak  Bani Israel ini. Oh lupa...didalam kisah ini ada menyelitkan kisah kematian kanak-kanak dari bangsa lain selain dari bangsa Yahudi, termasuk anak Ramses yang masih lagi bayi, ini berlaku kerana perbuatan tuhan budak. Dengan sebab ini jugalah Bani Israel dihalau dari Mesir secara aman, tetapi setelah melihat kesedihan yang tidak terhingga isterinya Ramses setelah kematian bayinya, menyebabkan Ramses kembali mendendami Bani Israel dan bertindak mengejar dan ingin membunuh kesemuanya, maka bertolaklah Ramses dengan ribuan tenteranya.



Ketika mereka tentera Firaun itu sedang mengejar diatas lautan yang kering, dan hampir sahaja kaum Bani Israel itu tidak sempat untuk lari, maka mengajak Musa dengan beberapa orang pemuda untuk menyekat kemaraan Ramses dan tenteranya. Dan ketika itu juga lautan kembali untuk bersatu setelah dari terbelahnya, disaat yang sangat genting itu tentera Ramses bertindak untuk berpaling dan membelakangi Ramses sehingga hanya Ramses seorang sahaja yang terus mengejar. Dalam waktu yang sama Musa dan pengikutnya yang datang untuk menghalang Ramses juga didalam keadaan terkepung dengan lautan, maka Musa memerintahkan kepada kaumnya supaya mengikuti yang lain berlari kedaratan sedangkan Musa sendiri menunggu Ramses tiba untuk bertarung secara jantan.

Belum pun sempat mereka bertarung, tiba-tiba lautan bercantum dan menenggelamkan semua tentera Ramses termasuk Ramses dan Musa, Sedangkan semua kaum Bani Israel terselamat.


Dan happy ending berlaku bila Musa dan Ramses berjaya menyelamatkan diri masing-masing, cuma disebelah daratan yang berbeza, wah wah,...endingnya macam cerita Cinderella la pulak, jadi Al Kitab secara terang-terangan berbohong dengan kisah Firaun yang mati ditelan lautan, tapi inikan hanya sebuah kisah yang ditiru.

Walau bagaimanapun filem ini sebenarnya mengisahkan tentang Nabi Musa secara salah yang dibuat dengan sengaja, antara agendanya adalah untuk kelirukan manusia dengan apa yang sebenarnya berlaku, didalamnya sengaja disembunyikan dengan Mukjizat Nabi Musa supaya kita akan melihat yang beliau hanyalah seorang lelaki yang memiliki watak kepimpinan yang dididik didalam istana Firaun. Dan Musa mampu untuk aplikasikannya bila dia bertindak sebagai pembela kaum Bani Israel.

Filem ini agak berbelit dan mungkin menjadi racun kepada ummat manusia, jadi untuk melihat filem ini adalah tidak elok kerana mungkin akan menggangu aqidah sebenar umat Islam, jadi cukuplah sahaja aku detailkan kisah ini disini, tak payahlah nak mencari filemnya, kerana tidak ada pengajaran
positif dan ilmupun didalamnya, dan setiap watak Nabi didalamnya bagi aku langsung aku tidak melihatnya sebagai Nabi, hanyalah beberapa manusia dungu.

Didalam Islam adalah haram melakonkan atau meniru watak seorang Nabi atau Rasul yang menjadi pesuruh Allah.

Sekian.






Monday 18 May 2015

KISAH PERJALANAN ILMU

Aku tahu aku jahil banyak perkara tentang ilmu bisnes, banyak benda lagi yang perlu aku pelajari dan kuasai, ini menuntut aku untuk terus mencari dan mencari, cuba dan mencuba.

Sehinggalah aku direzekikan oleh Allah Taala dengan seorang guru yang memang arif dengan selok belok ilmu perniagaan ini, pada awalnya aku diketemukan dengannya hanya didalam laman sesawang facebook, setelah mengikuti segala perkembangannya hampir 3 tahun aku ditemukan oleh Allah dengannya dialam reality.

Sebenarnya, aku sudah mengenali coach Bahar pada tahun 2012 lagi di fb, dan mungkin aku antara yang terawal menjadi friend dan pengikutnya dilaman tersebut, walaupun pada peringkat awal rasa minat untuk bersama dengannya agak lemau mungkin sebab dia adalah coach yang baru dan follower masih lagi sedikit. Tetapi lama-kelamaan aku tengok dia berjaya meletakkan dirinya pada posisi yang benar, dan apa yang diklaimkannya adalah benar, dia menjadi pendidik yang bijaksana dalam membantu ramai usahawan yang buntu dalam mencari peluang dan ruang dibidang perniagaan.

Antara sebab yang meyakinkan aku untuk bersamanya juga adalah kerana beliau sangat konsisten dan kuat, mampu bertahan didalam badai ujian dalam perniagaan dan meningkat baik taraf hidupnya, aku lihat didalam dirinya pengalaman pahit maung dan kisah sedih suka duka didalam menongkat arus kehidupan, sehingga hari ini dengan senyuman yang cemerlang, beliau ibarat sebagai wira yang berdiri diatas singahsana megah didalam dunia yang dibinanya.

Pandangan matanya seolah-olah sentiasa mengucapkan “kalaulah korang tahu apa yang aku tahu pasti korang akan membina karier hidup korang dengan lebih gigih lagi”, antara perkataan yang selalu diulangnya ialah, “ saya melihat potensi didalam setiap diri manusia, tetapi ramai yang tak tahu bagaimana untuk kembangkannya”.

Pertemuan pertama 

17/5/15 tarikh ini adalah tarikh yang menguji kesabaranku, tarikh ini mula masuk dalam shadule aku dua hari sebelum iaitu hari khamis, punyalah lama rasanya aku tunggukan tarikh ini.

Lama kerana keterujaan untuk bakal bertemu manusia hebat yang bakal merubah masa depan aku, dia adalah mentor dan pendidik yang telah mendidik ribuan manusia berjaya dalam kerjaya dan karier, lagipun aku ini usahawan, aku perlu kepada guru yang begini sebagai pembimbing.

Berapa ramai antara kita yang memang bukan hidup senang diluar sana, banyaknya tak cukup, sikitnya menghimpit, tapi tak pernah persoalkan kenapa dan mengapa dan tak pernah menjawabnya bagaimana dan bila. Semua ni kerana kurang peka dengan keadaan sekeliling, tidak rasa perlu untuk tambah baik kehidupan, sedangkan kehidupan sering menghimpit dan merejam. Bagi aku orang macam ni memang pentingkan diri sendiri, bukan sahaja malas nak membantu diri sendiri jauh sekali untuk lihat orang lain hidup gembira dan lebih baik.

Coach Bahar, seorang lelaki muda yang punyai karisma dan personaliti yang hebat, orangnya nampak biasa-biasa je, sekali tengok kita tidak akan fikirpun yang inilah lelaki yang memiliki dan menguruskan 20 syarikat yang memiliki pekerja beratus orang dan yang memiliki duit berjuta-juta didalam akaunnya, wataknya terlalu sederhana, sehinggakan kereta yang dinaiki isterinyapun hanya VIVi yang agak buruk. 

Tapi benar kata coach, kekayaan bukan letaknya kat situ ( kebendaan ), tetapi kekayaan dalaman itu yang sebenar, ukuran kekayaan ialah bila kita mampu mengkayakan diri kita dengan banyak membantu dan memberi manfaat kepada ramai orang. Apa yang kita lihat dengan kereta besar, rumah besar, pakaian branded dan sebagainya adalah lambang sahaja, lambang tidak menunjukkan kebenaran, kadang-kadang lambang boleh dimanipulasikan dan wujudkan banyak pembohongan.

Maksud berjaya dari sudut yang benar diulas oleh coach dengan penuh hikmah, kaya satu perkara dan berjaya adalah perkara yang lain, ada orang yang berjaya himpunkan keduanya dan ada orang yang gagal untuk himpunkannya. Kaya boleh jadi dengan berbagai cara yang batil, seperti menipu, mencuri dan merasuah, disini bukan sertanya kejayaan, tetapi jika kaya itu digondol dengan penuh maruah inilah dinamakan kejayaan.

Pernah seorang pemidato terkenal indonesia iaitu Aa Gym mengucapkan “ perniagaan bukannya persoalan kekayaan, tetapi adalah perkara kehormatan” raihlah kekayaan dengan cara yang terhormat, inilah kejayaan. 

Jika diteliti kembali, sentiasa persoalan ini kita fikirkan, antara syiar kekayaan atau memiliki kekayaan sebenar, dengan maksud kenapa aku perlu kaya? Sebelum ini jawapan yang sering dilahirkan dari sudut hati kita adalah untuk kita miliki lebih banyak syiar/lambang kekayaan daripada memiliki kekayaan sebenar, kita selalu fikirkan tentang kereta yang besar, rumah besar dan sebagainya, semuanya adalah keperluan material yang hampir merugikan dan menggagalkan kita, kerana perjuangan kita yang sebenar bukan hanya sekadar untuk meraih kekayaan tetapi lebih dari itu, tapi untuk jaminan masa depan yang lebih baik didunia dan akhirat, kita mesti mampu menang disini dan disana.

Maka wujudlah satu perjuangan baru dalam perjuagan kita iaitu berniaga dengan Allah Taala yang tentu sekali akan menguntungkan diri sendiri dan ramai orang, dan inilah yang dikatakan hidup yang bermanfaat dan ilmu yang bermanfaat, tapi siapa yang benar-benar ikhlas untuk perjuangkan perjuangan begini? Dan saolnya kenapa tidak? Sedangkan inilah perniagaan yang menguntungkan, ini bukan istilah baru, Rasulullah SAW pernah mennyebut tentang perjuangan ini dizamannya. Apakah dan bagaimanakah perniagaan dengan Allah ini?

Perkara ini dijelaskan oleh coach dengan sebaiknya, iaitu berniaga bagaimana untuk mengkayakan orang lain, kata coach berniaga bukan duit persoalannya, tetapi bagaimana kita mampu untuk mengkayakan orang lain dan kita akan dapat 10kali lipat daripada itu sebagaimana yang dijanjikan Allah Taala, inilah yang dinamakan perniagaan yang berjaya, dan perkara inilah yang diaplikasikan oleh coach didalam hidupnya didalam perniagaannya, bukan hanya sanya mengaharapkan pulangan berbentuk wang, tetapi berkat yang tidak bertepi seakan rezeki itu datang tanpa mampu disekat dan ditahan ia turun bagai hujan yang mencurah-curah, sehingga coach sendiri sukar untuk huraikannya dari sudut ilmu, tetapi ia mampu ditangkap dan difahami oleh audien yang benar-benar ikhlas dalam tujuan bisnesnya.

Perkongsian ini terlalu banyak dan sangat membantu dan aku rasa sehingga hari ni ia telah banyak mengubah pola fikiran dan pendirian aku.

InsyaAllah jika diberikan masa yang terluang dan kekuatan, akan aku sambung kisah ini dengan persoalan dan penyelesaian yang lebih.

InsyaAllah

Thursday 14 May 2015

ANAK MUDA DAN WALA’



ANAK MUDA DAN WALA’

Wala hampir menjadi seluruh kepercayaan dan anutan 
ahli-ahli dan penyokong Pas sehingga mengenepikan hal-hal dan 
sentimen-sentimen yang berkaitan dengan perpaduan. Bab kata Tun, 
“Pas berjuang untuk orang Islam, jadi orang Melayu dan sekelian bangsa yang lain bukanlah tujuan Pas”.
 Jika benarlah kata-kata Tun bermaksud politik Pas adalah bermasalah.

Kembali kepada dasar perbincangan kita, melihat kepada kenyataan sesebuah isu dan profesinalisme dalam berfikir dan bertindak. Kita seharusnya berpijak dibumi yang nyata jangan kerana kelemahan dan kekurangan kita dalam menerima perbezaan menjadikan kita antara polos-polos yang menutup mata dan telinga setiba saat hampir kepada sempadan kemenangan.

Kita sebagai anak muda adalah aset bagi negera malah adalah matlamat jangka masa panjang dalam sesebuah perjuangan parti, mereka adalah golongan yang extremis, pemberani, pemberontak, pengemosi, cergas, cerdas dan pantas dalam bertindak, mungkin cetek aqalnya tapi apa yang mereka lakukan akan memberi kesan yang luar biasa pada pandangan masyarakat dan dunia. Jadi menambat dan memenangi hati mereka adalah salah satu dari sebab keberuntungan dalam perjuangan.

Kaitannya adalah dengan isu yang sedang hangat diputarkan sekarang ini. Adakah ia akan membantu Pas dalam mendapat sokongan atau bersikap menang-menang dengan anak-anak muda? Khusus para penuntut di IPTA dan IPTS?

Setelah diteliti isu wala yang sedang digerakkan oleh para pemuda Pas sebenarnya gagal dalam menambat dan mengikat hati mereka, kerana ia tidak bersatu dengan jiwa memberontak dan inginkan kebebasan dalam menilai dan bertindak. Isu wala ini ibarat membelit leher Pas sendiri,...adakah dengan slogan “anak muda bersama ulama’ “ sebuah slogan yang dikira baik untuk menarik minat para muda? Sebenarnya disinilah kesilapan Pas selagi slogan ini tidak diturunkan dan selagi Pas masih berdegil dalam pendiriannya dengan ahli sekufunya maka bala akan menimpa Pas, usah katakan dakwah politik Pas itu akan maju, malah ia semakin jauh merugikan Pas dalam menentukan halatuju politik Pas yang sebenar.

Solidariti dan anak muda seakannya ia agak sinonim dengan mereka, menuntut kebebasan bersuara dan berakademik dalam negera yang dijajah firaun, mereka berjuang bersama pakatan kerana matlamat perjuangan mereka dilihat sealiran dan pakatan dipercayai mereka dapat membantu dan memberikan mereka ruang dan kelebihan dalam urusan negara sebagaimana yang ianya pernah berlaku.

Sehinggalah mereka para muda dihimpit pening-pening lalat dengan isu wala’ yang dimainkan oleh para ahli Pas, lebih-lebih lagi dalam kaca mata pemuda Pas. Mereka pelik kenapa Pas tidak cuba meraih keuntungan dari peluang-peluang yang ada? Apa yang Pas sedang fikirkan sebenarnya sehingga mengenepikan kecenderungan kami sebagai anak muda? Kami suka dan seronok dengan Pas pada dasarnya kerana kami adalah pemuda-pemuda islam, dan kami wala pada pimpinan yang mengarahkan kepada kami untuk melihat kemenangan tetapi bila otak kami dikatup kami hanya diberikan suapan tanpa perlu memilih dan menilai lauk itu mengikut selera kami, kami merajuk!!!!

Dalam situasi ini, pilihan dan kecenderungan anak-anak muda adalah bersama PKR, mereka melihat orang-orang gagah bersama mereka, yang bersama-sama memalu gendang dan kompang semangat waja, keadaan ini langsung tidak menguntungkan Pas, walaupun hebat mereka dalam bicara soal hudud dan ketuhanan, jika dibandingkan dengan kehendak dan tuntutan mereka, maka PKR adalah parti mesra pemuda dan tempias ini dirasakan sendiri oleh Pas ketika hubungan dengan PR berlangsung aman, tapi semenjak sentimen wala’ diamainkan, anak-anak muda nampak agak fedup dengan isu ini dan mereka hampir zahirkan kejahilan Pas disini, adakah Pas mengira dengan segala isu yang mereka mainkan akan memabntu mereka mendapat sokongan golongan muda? Ya! Sebenarnya mereka sudah tahu akan hal ini, menyebabkan Pas agak terdesak untuk mendapatkan sokongan mereka maka wujudlah gerakan “ anak muda bersama ulama’”.


Betapa sokongan golongan muda itu penting untuk kukuhkan parti kerana bilangan mereka setiap tahun bertambah dan banyak mengubah corak permainan sesebuah parti politik, seolahnya mereka yang menentukan polanya, mereka perlu untuk dimenangi kerana mereka adalah pengundi-pengundi baru yang bakal menjadi pengundi tegar pada masa hadapan. Pointnya adakah Pas dengan isu yang dinyalakan sekarang ini mampu untuk mencapai kenyataan ini? Atau Pas akan berkata kami tidak perlukan mereka.

Sebenarnya setelah diteliti dengan baik, majoriti anak-anak muda menolak perjuangan yang mengekang mereka, kerana mereka lebih cenderung kepada perjuangan yang membawa kebebasan kepada mereka, kadang-kadang kebebasan bukanlah matlamat yang benar tetapi itulah cara mereka orang muda. 

Tetapi agak berbeza dengan beberapa golongan pelajar dari timur tengah, nampaknya sokongan mereka kepada wala’ tidak berbelah bagi, terlalu yakin mereka dengan wala’ ini akan memberi kejayaan kepada perjuangan pas dimasa hadapan ( almaunah ), tetapi mereka adalah dari golongn minoriti, pada pandangan umum sepatutnya mereka adalah dari kalangan orang yang bersama anak muda sebagai solidariti menuntut kejayaan kepada perjuangan merubah segala korupsi dan kembalikan demokrasi di Malaysia dengan menuntut Pilihan raya yang adil dan pengurusan negara yang cemerlang Sepatutnya! bukan terus bersetuju untuk bersama pimpinan yang merugikan jalan perjuangan, kenyataannya Pas tidak akan mampu untuk berjuang berseorangan, kalau pas yakin yang mereka tidak mampu untuk menakluk putrajaya secara sendiri pas patut kekalkan keharmonian hubungan dengan pakatan, dan kalau pas kata kita akan berjuang juga walau tidak menang, lebih baik Pas jadi NGO macam Abim atau perkasa sahaja.

Anak muda keberadaan mereka disitu, dizaman mereka, mereka menuntut keadilan dan kebebasan tetapi jangan dikekang minda mereka, mereka akan memilih untuk bernaung dibawah mereka yang sehati sejiwa dengan mereka. Sepatutnya Pas sedar akan hal ini dari awal lagi dan terus-terusan mendapatkan kemenangan dari mereka tapi sehingga ke peringkat ini Pas nampaknya semakin gagal menambat hati-hati mereka. 

Presiden bukanlah ayah yang maksum, dia juga ada kesilapan dalam keputusannya, kita sebagai anak muda patut menilai setiap keputusan dan isu yang dibangkitkan samaada ia memberi kebaikan atau kita hanya bersangka ia akan memberi kebaikan tetapi sebaliknya mudorat yang datang bertimpa-timpa, saya mengajak semua dari kita supaya berfikiran rasional dalam makna kata dari sudut realiti dan kenyataan sebenar, apa tujuan kita berpolitik dan apa peluang dan perancangan masa depan yang dilihat bakal mengubah seluruh Malaysia, jika kita mampu melihat akan kelebihan dan kekurangan dalam politik maka kita akan menang dengan diri sendiri dahulu. 

Sebelum kita hendak jadikan wala’ sebagai dasar pemikiran kita, apa salah kalau kita nilai dahulu dari sudut pro kontra sesuatu isu dan tentunya kita sedang membebaskan diri kita dari persekitaran kekangan fikiran. 

Matlamat kita pada dasarnya adalah untuk melihat perubahan dari keseluruhan aspek pentadbiran negara dan matlamat itu telah dihadam didalam sanubari masing-masing hampir berkurun lamanya, ia ibarat sudah sebati dalam diri kita semua. Kita semua berimpian untuk melihat islam dan Malaysia yang lebih baik, tetapi dalam masa yang sama kita tidak boleh lari dari ribut yang tidak teramal, tetapi itu bukanlah perkara pokok yang memungkinkan kita dari hala tuju sebenar perjuangan kita sepatutnya ia lebih mematangkan kita didalam kita menongkah arus perjuangan. 

Tetapi sebaliknya yang berlaku adalah kita seakan-akan semakin terpenjara dalam penjara buatan sendiri yang menyekat sel-sel otak dari berhubung kepada perkara asal yang dibincangkan dan disepakati. 

Jika pada hari ini saya masih lagi sebahagian dari kamu tanpa memilih untuk berkecuali dalam bidang politik, saya yakin yang saya juga adalah antara pewala’ tegar yang mempertahankan sebuah pemikiran yang mengelirukan dalam arena politik semasa. Kerana para pewala’ hanya meminum sahaja dari tadahan air yang belum jelas sumbernya, menelan secara membuta tuli tanpa menerima sebarang tapisan antara pro dan kontra sesuatu isu dan hanya mencari-cari alasan yang memungkin kepada pemikiran wala’ ini.

Jelasnya kita seakan kecundang dan keliru dengan idealogi sendiri, sehingga kita menunggu sebuah alasan yang dikira agak munasabah sebagai mempertahankan apa yang kita cuba imani sekarang ini. 

Cammon kawan-kawan ku, cuba kita renung seketika, this is politic! Bermain di zon selamat dengan cara yang primitif belum tentu menunjukkan kita kepada penyelesaian, kita sebagai pendokong Pas menggunakan alasan wala’ untuk kita terus bersetuju dan menongkat pimpinan bukan jawapan yang tepat, politik permainannya penuh kelicikan dan kesenian, penuh dengan strategi dan manipulasi. Jika kita gagal membaca permainan politik, kita antara mereka yang akan kecundang awal dalam permainan ini. 

Kita tidak menolak yang perjuangan kita adalah sebenar, tetapi kita harus sedar tentang realiti, jika permainan wala’ yang kita mainkan dalam arena politik semasa yang tidak stabil ini tanpa kita menongkah arus kita didibaratkan sebagai hipokrit dan penting diri sendiri, cuba kita renung sekejap,..beberapa parti yang menjadi sengketa kita, dalam kalangan ahli mereka diajarkan cara bagaimana untuk menilai dan melihat keberuntungan dalam medan perang yang terlalu sibuk, mereka seronok melihat peluang diatas kesibukan orang lain, mereka merenung dan menanti peluang yang baik untuk bertindak tanpa terlibat dengan kesibukan yang meruncing itu. Jadi mereka antara orang yang melakukan keputusan yang tepat pada keadaan dan masa.

Sikap wala’ pula akan membantutkan perjalanan yang sepatutnya semakin dekat dengan penghujungnya, bukan sahaja kita yang terbantut tetapi kita turut sama mengheret semua orang yang sedang dalam perjalanan itu, jerih perih penat lelah sudah tidak dihiraukan lagi, kita cuma pertahankan apa yang kita namakan sebagai prinsip islam lah sangat. Sedangkan masalah peribadi peringkat pucuk pimpinan belum kita benar-benar terokai lagi.

Monday 8 April 2013

5 MUSYIKILAT ORANG ISLAM



Zaman sekarang adalah zaman fitnah, manusia menghukum dan menuduh tanpa menilai dengan sebenarnya dari sudut disiplin ilmu, sehingga orang awam menjadi keliru dan merapu. Ugamawan dipersendakan, nas-nas dipertikai dan dipersoalkan.

Yang lebih teruk, mereka berani mencabar kebenaran nas-nas yang soheh, ini berlaku kerana disebabkan masalah yang dibawa oleh ugamawan itu sendiri.

Salah siapa?

Ugamawan yang  sepatutnya mendidik masyarakat dan menjadi contoh tauladan yang baik, kini menjadi sebahagian  dari pembuat fitnah dan penghukum, ugamawan bukan lagi cerminan bagi masyarakat tapi sebagai sebahagian manusia yang rakus dalam menghukum dan menfatwa dengan membabi buta.

Selagi perkara ini tidak dibetulkan, selagi itu masyarakat akan terpenjara dalam dunia fitan ini sehingga akhirnya.

Ini adalah sebahagian dari perkara yang menyebabkan berlaku banyak kekeliruan dalam masyarakat, jika diteliti dengan baik dan hadam ia dengan sebenarnya, maka kita akan ketemu ia didalam satu titik ilmu yang benar dan jelas, kita pasti dapat membezakan antara kebatilan dan kebenaran.

1) Nas adalah soheh, tetapi ketepatan dalam menjelaskan nas itu adalah isunya. Ini penyakit yang majoriti ummat islam hari ini terkena, ramai dari kalangan ummat islam hari ini memandai-mandai dalam berhujjah dengan ayat suci Al-Quran dan hadis, tetapi jahil dengan kehendak sebenar sesebuah nas, kerana tidak ada rujukan dari mana-mana guru yang layak atau yang benar-benar menguasai ilmu.

2) Mengumumkan perkara yang khusus. Sebagai contoh, setiap tandas awam sudah disediakan dengan tanda  khusus untuk lelaki dan wanita, tiba-tiba ianya diumumkan maka akan timbul masalah dalam penguasaan tandas itu, begitu juga dengan cerita Saidina Ibnu Abbas RA tentang khususiyyah yang diberikan kepadanya oleh baginda Rasullullah SAW " apabila kamu perlukan sesuatu, mintalah kepada Allah SWT", nas ini soheh, tapi nas ini adalah khususiyyah kepada Saidina  Ibnu Abbas RA sahaja, bukan nas umum untuk semua orang. Kerana ini adalah kelebihan yang Allah taala berikan kepada Saidina Ibnu Abbas RA, jadi kalau hal ini terkena pada kita, adakah mungkin Allah Taala akan menerima kita sebagaimana Saidina Ibnu Abbas RA?  Kita sepatutnya lebih jelas tentang khususiyyah, bukan kita cuba menjadikannya sebagai suatu yang umum untuk di ungkapkan dan amalkan.

3) Memahami sesuatu tanpa memahami ta'rifnya. Ssebagai contoh anda faham tentang tauhid, tapi anda tidak memahami ta'rif asalnya, jadi ini akan menyebabkan timbulnya silap faham dan pemahaman yang salah tentang sesuatu perkara berkaitan dengan ketuhanan. Ini sangat bahaya kerana ia melibatkan isu aqidah yang menentukan kita ini islam atau tidak.  

4) Tidak tahu makna lafaz. Ianya berkaitan dengan penguasaan ilmu tentang selok -belok bahasa yang menentukan antara jenis-jenis penggunaan ayat, iaitu ilmu balaghah. Kadang-kadang ramai yang keliru dengan sesebuah nas sama ada ianya lafaz sebenar atau hanya sebuah ibarat. Seperti maksud ayat " orang yang buta adalah penghuni neraka" Al-Quran. Bukan maksudnya orang yang buta mata, tapi orang yang buat mata hatinya.

5) Khulasah dari kesemua diatas, iaitu menghukum tanpa pintu hidayah, atau menghukum sesuatu bukan dengan ilmu dan pemahaman yang jelas tentang apa yang dihukumkan, ini menyebabkan fitnah besar berlaku dalam ugama.

Jadi jelas kepada kita perlunya penguasaan ilmu dan panduan dari guru yang mursyid dalam kita hendak memahami, menguasai dan menentukan sesuatu dalil untuk berhukum, lebih-lebih lagi bila dalil itu adalah ayat mustasyabihat yang tidak jelas.

Uagamawan tidak sepatutnya memanipulasikan sesebuah dalil demi kepentingan dan kehendak semasa tapi perlu kepada ketelitian dan rujukan yang benar-benar jelas.

Faedahnya ialah, supaya orang awam tidak menjadi sebahagian dari yang keliru.