AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA
111111111111111111111111111111111

Tuesday 26 May 2015

SAMBUNGAN PERJALANAN ILMU

 Assalamualaikum,...

Alhamdulillah setelah diberikan sedikit ruang, akhirnya aku menyambung kembali kisah PERJALANAN ILMU INI.

Semasa belajar di pondok dulu, aku sering difahamkan oleh para guru-guru untuk menuntut ilmu dengan orang yang ahli ilmu. Maksudnya secara mudah, ialah mengambil ilmu dari para ulama' yang benar-benar alim, kerana orang yang alim itu mampu menjadikan kamu juga seorang yang alim.

Ini pandangan aku pada peringkat awal la, sebenarnya pemahaman aku itu tidak salah dan sangat betul, cuma pemahaman ketika itu agak sempit, aku hanya fokus yang ahli ilmu yang diberitahu itu hanya dalam lingkup ruang pendidikan ugama.

Rupa-rupanya ialah for everything, maklum la belajar pondok, hanya fokus bidang ugama sahaja.
Sebenarnya aku fahamkan dengan perkara ini dengan lebih meluas lagi bila aku mula berada didunia sebenar, dunia yang menuntut aku untuk berdikari dan membina sendiri hidup aku.

Bagaimana ia bermula? Bila salah seorang guruku menjelaskan bahawa hidup ini kita harus mengikut panduan, atau mencari guru pendamping yang akan memacu kita dalam menongkah arus kehidupan.

Ye! aku amat faham tentang ni, itu sebab aku memilih untuk berguru mursyid yang mendidik aku di alam rohani dan jasmani, itu salah satu perkara yang sangat penting sebenarnya, cuma ada antara kita yang tidak percaya yang hidup kita hari ini sebenarnya dipandu oleh otak logik kita. Dan yang lebih parah kita tak sedarpun tentang tu, kita suka untuk bercakap banyak perkara tanpa kita benar-benar memahami hakikat perkara tersebut. Sebenarnya ianya terlalu bahaya dan mencelakakan.

Aku dah melalut kelain, nanti bab ni aku ulas dilain siaran ye.

Jadi, aku kurang jelas, dan dia bagi contoh, kalau kita hendak kaya, carilah guru yang mampu untuk mengkayakan kita, dan pastikan yang guru tersebut benar-benar kaya, kerana guru itu pasti adalah ahli dalam bidang tersebut.

Itu konsepnya, konsep perlukan pembimbing untuk kita dampingi, soooo,...aku amat jelas tentang ni, hidup ini perlu berguru dan berdampingan dengan guru supaya apa yang kita sedang lakukan dipantau mereka, dan akan menegur salah silap kita dalam apa yang kita kerjakan setiap hari. Bukan hanya sahaja didalam bidang ugama tapi dalam semua bidang yang sedang kita ceburi.

Analoginya mudah, jika kita dalam satu perjalanan menuju ke Kuala Lumpur atau mana-mana, sedangkan kita tak pernahpun sampai kepada tempat yang hendak kita tuju itu, jika kita memiliki pembimbing, maka kita akan dipandu dengan selamat. Jika tiba-tiba kereta nak habis minyak, pembimbing yang dah banyak kali lalu jalan itu akan cakap, Its Ok dear, depan sikit lagi ada stesen minyak, jangan sentap dulu.


Dengan sebab itulah aku sering mencari-cari seseorang yang sudi untuk aku dampingi dalam aku mencari ilmu perniagaan, hampir sentiasa sahaja aku mengambil peluang untuk mendampingi mereka yang ada ilmu ini, supaya aku dibimbingnya sehingga berjaya.

Dan Alhamdulillah, aku diketemukan dengan beberapa orang yang aku pelajari dengan mereka beberapa teknik dalam menguasai bidang pemasaran. Dan Alhamdulillah, setelah di aplikasikan dalam dunia realiti, ia benar-benar membantu aku dalam hal ehwal bisnes, dan memang diakui sebenarnya ia sangat menakjubkan, kita sahaja yang tak sedar tentang itu.

Seterusnya, aku diketemukan pula dengan seorang tokoh yang kaya dan berjaya, malah pendidik yang baik, yang telah terbukti berjaya mendidik ramai usahawan diluar sana, dan aku sangat bersyukur kerana dipertemukan dengannya, semoga aku bakal mendapat bimbingan yang baik darinya.

Banyak perkara sebenarnya yang kita wajib belajar dan menuntut, aku menuntut dalam banyak bidang, sebabnya aku nak mengusai banyak perkara, walaupun bukan semua perkara mampu untuk aku kuasai.

Jadi, nasihat aku kepada semua sahabat yang berada diluar sana, carilah peluang dan berguru lah dengan sesiapa sahaja yang mampu untuk tambah nilai dan kualiti hidup kita, belajarlah kerana ilmu itu lebih berharga dari apa yang kita miliki sekarang ini. Jika ilmu itu ilmu yang baik dan mampu memberi manfaat, maka sebarkanlah kerana ia mampu untuk menjadi saham yang berguna selepas kematian kita nanti.

Semoga ia sedikit membantu, sebenarnya perkongsian ini masih lagi belum lengkap, kerana tak masuk lagi bahagian marketingnya, InsyaAllah nanti aku akan sambung lagi buat tatapan mereka yang dahagakan ilmu,.

Diharapkan perkongsian ini memberi manfaat untuk semua......


No comments:

Post a Comment