AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA
111111111111111111111111111111111

Sunday 24 May 2015

MUSA YANG TIDAK BERTONGKAT ( EXODUS )

Ini bukanlah kisah Nabi Musa AS yang kita sebagai muslim imami, ini adalah satu kisah yang mencedok jalan cerita dan beberapa plot yang hampir sama dengan kisah Nabi Musa AS.

Sebenarnya ini adalah sebuah filem yang digarap oleh salah seorang pengarah atau sutradara tersohor Hollywood yang berbangsa Yahudi iaitu Ridley Scott yang telah mengarahkan beberapa filem box office sebelum ini seperti Gladiator dan Kingdom Of Heavean.



Pada asalnya secara tidak sengaja aku telah membeli DVD filem ini. Pada awalnya aku hanya mencari beberapa filem yang baru ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara, dan secara halus pemilik premis tersebut perkenalkan aku dengan filem ini. Beliau menyatakan yang filem ini sangat bagus dan tidak dibenarkan untuk ditayangkan di Malaysia, pada tanggapan aku mungkin filem ini terlalu banyak aksi melampau yang hanya patut dilihat oleh orang dewasa sahaja. Tetapi akhirnya bila melihat filem ini, semuanya meleset. Sebenarnya ialah kisah perjalanan seorang lelaki yang digelar sebagai Musa ( Moses ) yang berjuang untuk menyelamatkan kaumnya ( Ibrani ) dari perhambaan Firaun Ramses. Kan aku dah cakap filem ini hampir sama dengan cerita Nabi Musa AS yang kita imami sebagai nabi dan rasul yang diutuskan oleh Allah SWT.

Pandai Cina tu kenakan aku, mungkin sebab melihat penampilan berkopiah aku ala-ala muslim yang patuh. Sebenarnya Alhamdulillah, mungkin Allah hendak tunjukkan sesuatu buat aku sebagai satu pengajaran dan buat renungan.

Sebenarnya filem itu terlalu banyak percanggahan dengan fakta dan keadaan sebenar kisah Nabi Musa AS. Jalan ceritanya dah jadi lebih karut dari bukti kewujudan Allah Taala. Filem ini hanya mensasarkan yang tugas Musa ( didalam filem ini ) sebagai seorang lelaki yang hanya diutuskan untuk menyelamatkan bangsanya ( Bani Israel ) daripada penindasan dan perhambaan Ramses ( Firaun ), tidak sebagai mana yang kita imani yang Nabi Musa AS diutuskan supaya menyeru  Firaun kepada Allah yang esa.

Dia juga tidak ditugaskan untuk mengajak kaum Bani Israel supaya menyembah Allah, tetapi mengajak mereka melakukan pemberontakan sehingga kepada beberapa keadaan yang mendesak Firaun menghalau kaum Bani Israel dari bumi Mesir. Maka bermulalah pengembaraan yang mencabar menuju kepada laut merah dan menyeberanginya sebagaimana yang termaktub didalam Al Kitab.

Antara babak yang sangat dimusykilkan juga ialah apabila Musa ( dalam filem ) berdialong dengan tuhan, kerana tuhan yang digambarkan didalam filem ini ialah menyerupai dengan seorang budak lelaki yang comot. Pertemuan pertama dengan budak lelaki yang dianggap god ini ialah diatas sebuah bukit yang mungkin Tursina. ( Walaupun difahamkan juga yang budak itu antara utusan tuhan untuk Musa) dan sentiasa wujud percanggahan dan penentangan Musa kepada tuhan, sehingga berlaku beberapa siri perdebatan antara tuhan budak dan Musa itu sendiri.

Sehingga akhirnya tuhan budak itu terpaksa mengakui akan kebenaran Musa. Wah, hebatnya Musa lebih dari tuhan, adakah ini yang diimani oleh kaum yahudi? Aku juga kurang pasti. Apakah tuhan itu seorang budak lelaki? Apakah tuhan itu mengutuskan seorang budak lelaki sebagai wakil tuhan?

Harun pula digambarkan sebagai abang kepada Musa, Harun yang tiada apa-apa fungsi didalam filem ini seolah-olah hanyalah manusia biasa yang bukan sebagai utusan tuhan.

Apa yang paling aku pelik ialah bila Musa itu tidak memiliki tongkat yang diberikan kesaktian oleh Allah Taala, sebagaimana yang tertulis didalam kitab suci kita Al Quran yang Nabi Musa memiliki sebatang tongkat yang sebagai mukjizat baginya. Begitu juga dengan mana-mana kitab pun, sama ada Injil atau Taurat ( walaupun yang dah dimanipulasikan ) tetapi tetap membenarkan yang Musa memiliki sebatang tongkat. Tetapi peranan tongkat didalam filem ini telah diambil alih oleh sebilah pedang yang dianugerahkan oleh Firaun yang terdahulu iaitu bapa Ramses kepada Musa. Dan pedang itu adalah kembar kepada pedang yang diberikan oleh bapa Ramses kepada Ramses, sekarang ia dah semakin jauh dari fakta wahyu ( Al kitab ).

Bukan setakat itu sahaja, Musa juga adalah anak angkat kepada Firaun terdahulu iaitu bapa Ramses, dan Ramses sendiri tidak tahu yang Musa sebagai sepupunya didalam filem ini adalah Ibrani ( Bani Israel ), sehinggalah skandal ini didedahkan oleh pembelot dari kalangan Bani Israel juga. Nampak tak, yang Bani Israel ni memang macam ni perangainya. Bukan hanya Ramses yang tak tahu, Musa sendiri juga tidak tahu yang dia adalah Bani Israel, untuk dia terima kenyataan itu sangatlah rumit, bukankah dia antara penguasa besar kerajaan Firaun, malah dipanggil juga dengan gelaran Yang Mulia Musa.

Berbelit-belit dan cerita ni, langsung aku terkeliru dengan apa yang sebenarnya dipercayai oleh Yahudi tu sendiri dengan kisah Nabi Musa, sedangkan Nabi Musa adalah antara tokoh yang sangat di agungkan oleh Yahudi itu sendiri. Tapi didalam filem ini seakan memperlekehkan keanguangan seorang utusan Allah, Ops silap, ni bukan cerita Nabi Musa, tapi kisah yang diceduk sahaja.

Kisah belah laut, sepatutnya babak ini adalah babak yang paling mendebarkan dan penuh keajaiban, kerana Musa akan membelah laut dengan pedangnya. Tetapi agak hampa apabila sampai kepada laut merah, musa seakan hilang pedoman dan seakan hilang arah, tak tahu kemana hendak dituju dan dia salahkan dirinya kerana menyesatkan hampir seluruhnya kamu Yahudi yang jumlahnya 600,000 enam ratus ribu orang, sehinggalah ia terlalu tertekan dan membaling pedangnya kelaut dan lepas tu tertidur, aku ingatkan bila dia dah baling pedang tu ke laut akan terbelah dua, rupanya tidur, memang kelautlah Musa ni.


Ketika dia hampir tertidur dilihatnya tahi bintang jatuh dari langit, mungkin ketika itu dia berdoa ( ni Musa spesis mana ) siapakah tuhan? Dan keesokan harinya, Musa melihat air dilautan semakin surut secara perlahan-lahan dan menampakkan pasir dipantai, sehingga itulah barulah Musa menyeru kepada kaumnya untuk terus menyeberangi lautan itu hingga ke seberang.

                                  

Sedang dalam perjalanan merentasi lautan kering kontang itu, tiba-tiba Ramses sampai, dan terus mengejar puak-puak  Bani Israel ini. Oh lupa...didalam kisah ini ada menyelitkan kisah kematian kanak-kanak dari bangsa lain selain dari bangsa Yahudi, termasuk anak Ramses yang masih lagi bayi, ini berlaku kerana perbuatan tuhan budak. Dengan sebab ini jugalah Bani Israel dihalau dari Mesir secara aman, tetapi setelah melihat kesedihan yang tidak terhingga isterinya Ramses setelah kematian bayinya, menyebabkan Ramses kembali mendendami Bani Israel dan bertindak mengejar dan ingin membunuh kesemuanya, maka bertolaklah Ramses dengan ribuan tenteranya.



Ketika mereka tentera Firaun itu sedang mengejar diatas lautan yang kering, dan hampir sahaja kaum Bani Israel itu tidak sempat untuk lari, maka mengajak Musa dengan beberapa orang pemuda untuk menyekat kemaraan Ramses dan tenteranya. Dan ketika itu juga lautan kembali untuk bersatu setelah dari terbelahnya, disaat yang sangat genting itu tentera Ramses bertindak untuk berpaling dan membelakangi Ramses sehingga hanya Ramses seorang sahaja yang terus mengejar. Dalam waktu yang sama Musa dan pengikutnya yang datang untuk menghalang Ramses juga didalam keadaan terkepung dengan lautan, maka Musa memerintahkan kepada kaumnya supaya mengikuti yang lain berlari kedaratan sedangkan Musa sendiri menunggu Ramses tiba untuk bertarung secara jantan.

Belum pun sempat mereka bertarung, tiba-tiba lautan bercantum dan menenggelamkan semua tentera Ramses termasuk Ramses dan Musa, Sedangkan semua kaum Bani Israel terselamat.


Dan happy ending berlaku bila Musa dan Ramses berjaya menyelamatkan diri masing-masing, cuma disebelah daratan yang berbeza, wah wah,...endingnya macam cerita Cinderella la pulak, jadi Al Kitab secara terang-terangan berbohong dengan kisah Firaun yang mati ditelan lautan, tapi inikan hanya sebuah kisah yang ditiru.

Walau bagaimanapun filem ini sebenarnya mengisahkan tentang Nabi Musa secara salah yang dibuat dengan sengaja, antara agendanya adalah untuk kelirukan manusia dengan apa yang sebenarnya berlaku, didalamnya sengaja disembunyikan dengan Mukjizat Nabi Musa supaya kita akan melihat yang beliau hanyalah seorang lelaki yang memiliki watak kepimpinan yang dididik didalam istana Firaun. Dan Musa mampu untuk aplikasikannya bila dia bertindak sebagai pembela kaum Bani Israel.

Filem ini agak berbelit dan mungkin menjadi racun kepada ummat manusia, jadi untuk melihat filem ini adalah tidak elok kerana mungkin akan menggangu aqidah sebenar umat Islam, jadi cukuplah sahaja aku detailkan kisah ini disini, tak payahlah nak mencari filemnya, kerana tidak ada pengajaran
positif dan ilmupun didalamnya, dan setiap watak Nabi didalamnya bagi aku langsung aku tidak melihatnya sebagai Nabi, hanyalah beberapa manusia dungu.

Didalam Islam adalah haram melakonkan atau meniru watak seorang Nabi atau Rasul yang menjadi pesuruh Allah.

Sekian.






No comments:

Post a Comment